fbpx

Pelajar kolej rugi RM1,890 ditipu sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang pelajar kolej kerugian RM1,890 selepas diperdaya sindiket penjualan pelitup muka di sini semalam.

Kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 19 tahun melayari laman sosial Facebook sebelum tertarik dengan iklan jualan 50 keping pelitup muka yang dijual dengan harga hanya RM9 sekotak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, berkata mangsa kemudiannya menghubungi suspek menerusi aplikasi Whatsapp dan membuat tempahan sebanyak 200 kotak pelitup muka yang berjumlah RM 1,800.

“Suspek berjanji pelitup muka yang dipesan akan sampai dalam tempoh 3 hari selepas pembayaran dibuat namun sehingga kini mangsa tidak menerimanya.

“Mangsa menyedari dirinya selepas suspek gagal dihubungi sebelum tampil membuat laporan polis semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata hasil semakan mendapati akaun bank yang diberikan oleh pihak penjual turut terlibat dengan lima kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama.

“Sehingga kini, sebanyak 13 kertas siasatan berkaitan penipuan penjualan pelitup muka bagi daerah ini sudah dibuka membabitkan kerugian sebanyak RM 68,935,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI