fbpx

Dua remaja terbabit 12 kes pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Hamizi (kanan) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada kediaman dua remaja terbabit 13 kes pecah rumah di Tuaran.

Oleh Ivan Amirul

TUARAN – Polis daerah ini berjaya menahan dua remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun dikenal pasti terlibat 12 kes pecah rumah di Taman Rugading dan Taman Telipok Ria semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, semua suspek ditahan di rumah mereka terletak di Jalan Telipok Lama, Tuaran.

Mohd Hamizi Halim berkata, kedua-dua suspek mengaku aktif melakukan jenayah terbabit sejak Jun 2019.

“Kes terbaru dilaporkan pada 4 Mei lalu apabila seorang mangsa melaporkan rumahnya di Taman Telipok Ria dipecah masuk.

“Menerusi hasil siasatan dijalankan, kita berjaya mengesan suspek yang dikenalpasti adalah dua remaja terbabit,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hamizi Halim berkata, pihak merampas pelbagai jenis barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah kedua-dua suspek.

“Antara barangan curi yang dirampas adalah tiga televisyen, satu tong gas, kipas angin, telefon bimbit dan dua utas jam tangan,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI