fbpx

Ham Eung-jung solo tapi tak sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAM EUN-JUNG

MENGAKUI tidak mempunyai teman lelaki buat masa ini, penyanyi Ham Eun-jung mendedahkan dirinya masih belum bersedia untuk melibatkan diri dalam hubungan cinta.

Jelas penyanyi kumpulan T-Ara itu, dia enggan hidup solo bagi tempoh yang lama tetapi buat masa ini fokus mahu ditumpahkan sepenuhnya terhadap karier.

“Saya tidak sunyi biarpun solo. Tetapi bukanlah bermakna saya mahu hidup solo bagi tempoh yang lama, cuma sekarang adalah masa terbaik untuk bekerja. Ada banyak lagi perkara lebih menyeronokkan berbanding bercinta,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 32 tahun itu lagi, pandangannya terhadap cinta sudah berubah seiring dengan kematangan diri.

“Ketika semakin matang, saya sedar perhubungan antara pasangan kekasih perlu diselesaikan sesama sendiri. Jika kita luahkan kepada rakan-rakan, mereka boleh menjadi pendengar terbaik tetapi sukar memberi nasihat pada waktu itu.

“Sekarang, saya lebih memilih pasangan hidup yang boleh menerima diri dan hidup kita seadanya. Menjalani hubungan yang menekan sangat memenatkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN