fbpx

Premis bitcoin curi elektrik diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahim (kanan) menunjukkan sebahagian peralatan yang disita semasa operasi ke atas premis-premis perniagaan di sekitar Bandar Sunsuria, Sepang hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Suruhanjaya Tenaga (ST) menyerbu kira-kira 11 premis yang dipercayai membuat sambungan elektrik secara haram bagi menjalankan urus niaga mata wang bitcoin.

Ketua Pegawai Operasi ST, Abd Rahim Ibrahim berkata, pihaknya mendapati premis-premis di sekitar Bandar Sunsuria, Sepang itu menggunakan elektrik secara curang tanpa bayaran.

“Premis-premis berkenaan didapati telah melakukan usikan pada meter dengan membuat sambungan elektrik haram sehingga menyebabkan ia gagal merekod bacaan,” katanya.

Katanya, pemilik berdepan denda RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun untuk kesalahan kali pertama.

“Bagi kesalahan kali kedua, mereka boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan pemilik premis boleh didakwa di bawah Seksyen 37 (1), Seksyen 37 (3) dan Seksyen 37 (14), di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447),” katanya.

Serbuan dilakukan oleh kira-kira 50 anggota penguat kuasa bermula seawal 7 pagi tadi dan berakhir empat jam kemudian.

Operasi bersepadu itu turut mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Sepang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI