fbpx

Proses tuntutan nafkah mungkin ambil masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Faris dan Nur Hidayu keluar dari Pejabat Sulh di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

PETALING JAYA – Proses tuntutan nafkah anak antara Imam Muda Syed Faris dan bekas isterinya Nur Hidayu Rosly mungkin akan mengambil sedikit masa apabila pasangan itu belum mencapai kata sepakat yang dibuat di Pejabat Sulh di Mahkamah Syariah di sini sebentar tadi.

Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd. Faris Syed Roslan,34, ketika ditemui selepas prosiding berkata, proses sulh yang berlangsung pada hari ini terlalu drastik menyebabkan mereka perlu mengambil masa bagi perbincangan seterusnya.

“Setakat ini masih dalam perbincangan antara saya dan isteri… saya harap semua doakan supaya rancangan dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Hari ini prosiding memang tentang anak-anak sahaja,” katanya yang enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perbincangan itu.

Sementara itu, Nur Hidayu, 33, ketika ditemui berkata setakat ini segala tuntutan yang dibuat masih dalam perbincangan dan proses mahkamah.

Katanya, perbincangan yang dilakukan itu adalah perlu, memandangkan banyak faktor yang perlu diambil kira antaranya pendapatan bekas suami dan sebagainya.

“Kedua-dua pihak perlu ada ‘homework’ dan setakat ini kes belum lagi dibawa ke bicara. Jika boleh kami mahu selesaikan perkara ini (tuntutan) di luar mahkamah,” katanya.

Ujar Nur Hidayu dia juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan bekas suaminya itu sepanjang prosiding perbincangan tersebut.

Dalam prosiding sulh selama dua jam, kedua-dua pihak tidak diwakili peguam syarie dan tarikh sebutan seterusnya pada 24 Ogos ini.

Kisah Nur Hidayu menjadi sensasi dan perhatian warganet apabila dia membuat pendedahan diceraikan finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu selepas berkahwin kali kedua secara rahsia.

Sebelum ini Nur Hidayu diceraikan dengan taIak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Sepanjang 13 tahun berkahwin, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah yang berusia lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Hidayu bertindak mendedahkan perbuatan Syed Faris yang menceraikannya dan berkahwin untuk kali kedua secara senyap di Songkla, Thailand pada tanggal 18 Mac 2020.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI