fbpx

Penguji cerucuk ditahan rasuah RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang penguji cerucuk berlesen ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah bernilai RM25,000 untuk meluluskan ujian cerucuk bagi projek di Kuala Langat, dua tahun lalu,

Penangkapan suspek lelaki berusia 35 tahun itu dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir di pejabat SPRM Selangor pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima rasuah bernilai RM25,000 daripada sebuah syarikat.

“Rasuah yang itu sebagai balasan dan dorongan meluluskan ujian cerucuk bagi projek di Kuala Langat di sini pada dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkannya dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk mendapatkan perintah reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI