fbpx

Nyaris maut, pokok mangga hempap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd sedang membersihkan sisa runtuhan rumahnya yang musnah dihempap sebatang pokok mangga dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Merah, Paka dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Keluarga seorang tukang rumput nyaris maut selepas rumah yang mereka diami musnah ditimpa pokok mangga yang tumbang dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Merah, Paka dekat sini semalam.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu turut menyebabkan Mohd. Abdullah, 63, cedera ringan di bahagian kepala akibat ditimpa siling rumahnya yang runtuh.

Dia berkata, sewaktu kejadian, dia yang baru pulang dari tempat kerja sedang duduk bersama isteri, Noraini Mohd Zin, 51, di rumah tamu sementara anak tirinya, Mohd. Lokman Mohd. Lazim, 20, di luar rumah.

“Kejadian berlaku sekelip mata, angin bertiup kencang beserta hujan lebat dalam tempoh 10 minit sebelum pokok mangga yang berusia lebih 70 tahun tumbang lalu menghempap bumbung rumah kami.

“Anak lelaki saya (Mohd. Lokman) bergegas masuk ke dalam dalam rumah untuk menyelamat kami suami isteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pokok mangga yang tumbang berkenaan terletak di hadapan rumah keluarga tersebut berukuran lebar lebih kurang setengah meter.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Taman Indah Permai, Bukit Merah, Rayah Mohd. berkata, rumah Mohd. akan diperbaiki dengan peruntukkan Pejabat Dewan Undangan Negeri Paka pada masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI