fbpx

Peruntukan berterusan kepada sekolah agama, tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini apabila institusi berkenaan mendapat peruntukan antara RM75 juta hingga RM100 juta sejak tahun 2017 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, sejak tahun 2017, kerajaan memperuntukan lebih RM80 juta kepada institusi berkenaan merangkumi institusi pondok RM50 juta dan tahfiz sebanyak RM30 juta.

Beliau berkata, pada tahun 2018, sebanyak RM75 juta telah diperuntukan kepada institusi berkenaan merangkumi RM25 bagi institusi pondok dan RM50 juta untuk sekolah tahfiz.

“Peruntukkan ini disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di bawah seliaan Giat Mara.

“Seterusnya pada tahun 2019, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta secara ‘one off’. Peruntukan ini merangkumi RM25 juta untuk pondok, RM50 juta untuk tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah agama yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) berkenaan peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok secara perbandingan pada tahun 2017 sehingga tahun ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, keprihatinan kerajaan dapat dilihat melalui pembentangan belanjawan 2020 lalu apabila RM100 juta telah diluluskan iaitu RM25 juta kepada pondok, RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta kepada sekolah agama.

“Keseluruhan peruntukan ini diagihkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),”ujarnya. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI