fbpx

Jakim rangka kaedah baharu ganti UPKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim menyatakan kaedah yang bakal dilaksanakan itu perlu sesuai dengan situasi negara yang masih lagi belum bebas daripada wabak tersebut.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka keadah baharu bagi menggantikan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) subjek bertulis yang telah dibatalkan susulan penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kaedah yang bakal dilaksanakan itu perlu sesuai dengan situasi negara yang masih lagi belum bebas daripada wabak tersebut.

“Kami sedang merangka kaedah yang paling sesuai bagi penilaian murid yang terlibat dengan ujian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ini.

“Kerajaan akan umumkan keadah yang akan diguna pakai dalam masa terdekat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH- Permatang Pauh) mengenai langkah bagi menggantikan ujian penilaian UPKK yang dibatalkan bagi memastikan penilaian ujian itu tidak terganggu.

Pada 17 April lalu, Jakim membuat keputusan membatalkan pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang sepatutnya dijadualkan berlangsung mulai 28 September hingga 1 Oktober ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI