fbpx

Guru tuisyen dicekup curi 21 helai pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas pihak butik sebelum diserahkan kepada polis.

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen ditahan selepas mencuri 21 helai pakaian milik sebuah butik di kompleks beli belah di Bangsar di sini pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 6.30 petang oleh pihak pengurusan butik berkenaan selepas gagal menunjukkan resit pembelian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, penyelia butik berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati dia mengisi pakaian di dalam beg butik itu.

“Semasa suspek keluar, penggera di pintu keluar berbunyi dan hasil pemeriksaan dia gagal menunjukkan resit sebagai bukti pembelian.

“Pemeriksaan menjumpai 21 helai pakaian bernilai RM4,310 dalam milikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI