fbpx

Caj kuarantin dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang menjalani kuarantin di ILA hanya akan membayar caj kuarantin sebanyak RM100 sehari berbanding RM150 sebelum ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Individu yang menjalani kuarantin di Institut Latihan Awam (ILA) hanya akan membayar caj kuarantin sebanyak RM100 sehari berbanding RM150 sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pun begitu kos kuarantin di hotel kekal RM150 sehari bagi setiap individu dan mereka boleh menaik taraf bilik tetapi lebihan caj adalah atas tanggungan sendiri.

Katanya, bagi sebuah keluarga dan mempunyai anak bawah 12 tahun, mereka dibenarkan untuk menginap di dalam satu bilik yang sama, cuma hanya individu kedua dan seterusnya akan dikenakan caj RM50 sehari untuk kos makan dan minum.

“Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang sendirian pulang melancong, mereka juga diwajibkan kuarantin selama 14 hari, namun tiada caj dikenakan termasuk seorang penjaga yang menemani.

“Namun, jumlah dan kuota kapasiti ILA terhad serta bergantung kepada ketersediaan bilik untuk mereka.

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi pengecualian kos kuarantin kepada warga negara dari keluarga B40 dan banduan yang baru dibebaskan di negara jiran yang tidak mampu dan tiada sumber kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI