fbpx

[VIDEO] Polis panggil Asri Janggut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFA'ATON dalam sidang akhbar mengenai video tular kegiatan judi di Sungai Buloh sebentar tadi.

SUNGAI BULOH- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ untuk memberi keterangan susulan video tular mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini yang disiarkan di Facebook Hot Burger Malaysia.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Safa’aton Abu Bakar berkata, kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu dibuka susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang Pegawai Kanan Polis dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial tersebut boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh, PDRM dan juga kredibiliti Ketua Polis Selangor dalam menangai kegiatan perjudian di Kawasan Sungai Buloh kerana maklumat yang diberikan dalam video tersebut tidak tepat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini tengah hari tadi.

Susulan itu, pemilik akaun disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ujarnya, pihaknya sudah pun mengenal pasti identiti pemilik akaun Facebook Asri Janggut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI