fbpx

Sosej seludup bernilai RM17,200 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sosej yang diseludup dari negara jiran bernilai RM17,200 berjaya dirampas oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 dalam satu operasi di pangkalan haram Pohon Jambu dekat Rantau Panjang pada Jumaat lalu.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Cubaan menyeledup pelbagai jenis sosej bernilai RM17,200 dari negara jiran masuk negeri ini berjaya dipatahkan dalam operasi di pangkalan haram dekat Pohon Jambu di sini pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri, Mohd. Azam Yahya berkata, sosej yang berjaya dirampas antaranya daging ayam, isi sotong dan pelbagai jenis makanan tersebut oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9.

Jelasnya, tindakan itu merupakan satu kesalahan mengimport sosej tanpa permit sah daripada pihaknya selain tidak mempunyai sijil kesihatan yang dikeluarkan dari negara asal.

“Maqis sentiasa mengambil langkah tegas bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, kegiatan tersebut dilakukan oleh segelintir pengimport bagi mengaut keuntungan yang lebih.

Katanya, Maqis akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan sempadan yang bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan khususnya yang melibatkan hasil pertanian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) dalam Akta yang sama iaitu didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI