fbpx

Netizen bengang isteri, anak diminta jalani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status yang dimuat naik seorang lelaki yang berang dan mempersoalkan tindakan pihak Klinik Kesihatan Jelapang yang membenarkan seorang jururawat bertugas walaupun sakit.

IPOH – Seorang lelaki meluahkan perasaan marahnya apabila isteri dan anaknya yang dirawat di Klinik Kesihatan Jelapang diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Lelaki berkenaan mempersoalkan tindakan pihak klinik kesihatan yang membenarkan jururawat tersebut bertugas walaupun tahu dia sakit.

Perkara tersebut ternyata menyusahkan pihaknya dan orang ramai akibat kecuaian daripada tindakan membenarkan jururawat tersebut bertugas.

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, pihaknya maklum mengenai mesej kemarahan netizen berkenaan.

“Anggota berkenaan merupakan pesakit Covid-19 seperti yang dilaporkan pada 7 Ogos lalu (semalam). Dia tidak mempunyai sejarah berkunjung ke daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19.

“Sepanjang menjalankan tugas, dia sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan air serta cecair pembasmi kuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lay Ming, jururawat berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Kita telah membuat saringan awal ke atas lima ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya dan hasil ujian mendapati kesemua mereka negatif Covid-19.

“Siasatan rapi mengenai punca jangkitan terhadapnya kini sedang giat dijalankan. Pada masa sama Jabatan Kesihatan Perak akan meneruskan aktiviti pengesanan dan melakukan ujian saringan kepada semua kontak rapat kes termasuk semua pesakit yang dirawatnya,” katanya.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Perak menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan amalan pencegahan Covid-19 serta mengamalkan penjarakan fizikal antara individu.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI