fbpx

Pekerja maut tersepit mesin acuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaid dilaporkan meninggal dunia akibat tersepit pada mesin acuan di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bayan Baru di sini pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang operator kilang maut selepas dilaporkan tersepit pada mesin acuan ketika bekerja shif malam di sebuah kilang di Bayan Baru di sini awal tadi.

Mangsa, Zaid Berahim, 33, dilaporkan meninggal dunia ketika kerja-kerja
menyelamatkan dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bayan Baru.

Jurucakap Bomba negeri berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berlaku pada pukul 4.08 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa lelaki telah tersepit pada mesin “moulding” semasa bekerja shif malam.

“Bagaimanapun, mangsa yang tersepit telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan kerja-kerja mengeluarkannya berjaya pada pukul 6.09 pagi,” katanya di sini.

Menurut jurucakap, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 6.33 pagi tadi. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI