fbpx

Pakai gelang kuarantin pergi pameran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Seorang lelaki yang sepatutnya menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah didapati ingkar arahan apabila dikesan mengunjungi sebuah pameran hartanah dan perabot di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Baru dekat sini semalam.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang memakai gelang berwarna putih atau gelang individu di bawah pengawasan (PUS) dilihat berada di situ oleh seorang peserta pameran kira-kira pukul 5.45 petang sebelum memaklumkan kepada polis bantuan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, kehadiran juruteknik kilang itu disedari ketika dia singgah di sebuah gerai pameran.

“Lelaki yang menetap di Bandar Baru Ayer Itam itu kemudiannya beredar daripada booth (gerai) itu selepas menyedari pemilik booth melihat gelang dipakainya.

“Polis bantuan kemudiannya menahan lelaki tersebut dan dia dihantar ke Balai Polis Bayan Baru untuk tindakan kompaun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anbalagan, ujian saringan awal Covid-19 ke atas lelaki berkenaan mendapati keputusan negatif.

“Dia telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah dan perlu hadir bagi saringan susulan pada Isnin ini,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI