fbpx

Ketajaman Jimenez bawa Wolves mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMENEZ (kanan) nyata berada pada kelas tersendiri apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk membawa Wolves mara. – AFP

LONDON – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo memuji aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya dalam memastikan pa­sukan mara ke suku akhir Liga Europa musim dengan dengan menewaskan Olympiacos 1-0 pada aksi kedua peringkat 16 pasukan terbaik awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Molineux itu, Wolves meraih gol tunggal perlawanan menerusi jaringan penalti penyerang sensasi, Raul Jimenez sekali gus memastikan pasukan menang secara agregat 2-1 selepas seri 1-1 pada aksi pusingan pertama di Greece, Mac lepas.

Kata Nuno, barisan pemain wajar dipuji selepas mempamerkan karakter juara, tetapi pada masa sama mereka tidak boleh mendabik dada kerana fokus seterusnya adalah aksi suku akhir menentang Sevilla minggu depan.

“Ia adalah detik bersejarah buat pasukan ini untuk berada dalam kelompok lapan terbaik saingan Liga Europa kerana ia bukan tugas mudah. Namun, pemain telah menunjukkan mentaliti kemenangan yang sangat tinggi selepas menerima cabaran sukar daripada Olympiacos.

“Pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol kami, Ricardo yang bertindak cemerlang untuk menafikan jaringan daripada pasukan lawan.

“Saya harap momentum ini dapat diteruskan ketika bertemu dengan Sevilla yang mempunyai pasukan cukup berkualiti dan mereka akan memberi cabaran berbeza buat pasukan kami,” katanya.

Kesemua baki saingan Liga Europa musim ini bermula di peringkat suku akhir akan dilangsungkan di venue berkecuali di Jerman dengan format aksi satu pusingan tanpa timbal balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI