fbpx

Kecederaan kepala punca jurutera kilang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaid dilaporkan meninggal dunia akibat tersepit pada mesin acuan di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bayan Baru di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Punca kematian seorang jurutera kilang yang maut tersepit pada mesin acuan di tempat kerjanya di Bayan Baru di sini pagi tadi disebabkan kecederaan di beberapa bahagian kepala.

Mangsa, Zaid Berahim, 33, dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat cedera parah pada kepala manakala lengan kanannya hancur kira-kira pukul pukul 5.15 pagi

Kematian mangsa disahkan oleh pihak ambulan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Balik Pulau selama dua jam mulai pukul 9.30 pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian (mangsa) berpunca daripada kecederaan pada beberapa bahagian kepala dan tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI