fbpx

Ekonomi buruk jika PKP semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Normal Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Ekonomi negara akan berhadapan kesan lebih buruk berbanding sebelum ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM295 bilion untuk memulihkan ekonomi pada ketika ini dengan sebahagiannya telah diagihkan kepada pihak memerlukan.

“Jika kita semula kepada keadaan asal atau PKP sebelum ini, ekonomi kita akan pasti alami kesan lebih buruk.

“Rakyat sudah tentu tidak mahu kerajaan melaksanakan semula PKP secara menyeluruh apabila keadaan itu menyebabkan pelbagai masalah termasuk menjejaskan usaha pemulihan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, rakyat digesa daripada mengelakkan agar perkara itu berlaku dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI