fbpx

Stesen kereta api Jeddah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN dikatakan berpunca daripada kabin sementara terletak di pekaranagn stesen kereta api.

JEDDAH – Satu kejadian kebakaran berlaku di Stesen Kereta Api Laju Haramain di daerah Sulaymaniyah di sini malam semalam.

Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Kolonel Muhammad Al-Qarni berkata, kebakaran dikatakan berpunca daripada kabin sementara terletak di pekarangan stesen tersebut yang digunakan sebagai pejabat pengurusan.

“Pasukan Pertahanan Awam bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran di pekarangan stesen itu pada pukul 7.27 malam (waktu tempatan).

“Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan bersebelahan dan kita mendapati tiada mangsa yang terlibat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI