fbpx

JPJ Perlis disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

ARAU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis melakukan sanitasi di dua blok bangunannya di sini hari ini setelah seorang pelanggan lelaki disahkan positif Covid-19.

Pelanggan terbabit dilaporkan berurusan di kaunter pembaharuan lesen di cawangan tersebut pada 24 Julai lalu.

Proses sanitasi dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis melibatkan 12 anggota pada pukul 7.15 pagi tadi dan tamat kira-kira sejam kemudian.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar semalam bagi memaklumkan perkara tersebut.

Katanya, pelanggan terbabit yang hadir pada pukul 9 pagi dan merupakan pelanggan ke-61 pada hari itu telah disaring terlebih dahulu.

“Bacaan suhu lelaki itu adalah 36.9 celcius serta menggunakan cecair pembersih tangan sebelum dibenarkan masuk ke ruang menunggu kaunter bahagian perlesenan.

“Terdapat dua orang kakitangan yang mempunyai kontak sementara dengan pelanggan tersebut  iaitu seorang dari Unit Komunikasi Korporat manakala seorang lagi dari Bahagian Perlesenan,” katanya.

Kata beliau, kedua-dua kakitangan itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar kira-kira pukul  4.30 petang semalam dan keputusan negatif serta tidak dikuarantin.

Tambahnya, proses sanitasi dilakukan di Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan serta Bahagian Penguatkuasaan iaitu bahagian yang mempunyai kaunter dan ruang menunggu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI