fbpx
Cuepacs

Beri ruang pihak berkuasa selesai kes Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi membuka semula inkues siasatan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dilihat wajar diteruskan jika ia mampu menyelesaikan kes tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, pihaknya menyambut baik cadangan itu sekiranya mendapat persetujuan pihak Peguam Negara.

“Dalam hal ini, kami memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan terutamanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sentiasa memberi komitmen bagi memastikan kematian Muhammad Adib terbela.

“Cuepacs kekal dengan pendirian mahu pelaku jenayah dihadapkan ke muka pengadilan memandangkan Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, Cuepacs juga meminta semua masyarakat memberi ruang kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siastan ke atas kematian Muhammad Adib.

“Pihak polis dan Peguam Negara wajar diberi ruang sepenuhnya bagi melakukan siasatan dan pendakwaan sekiranya bertujuan menyelesaikan kes berkenaan.

“Sebagai menghormati kes itu, kami juga meminta agar masyarakat tidak membuat spekulasi atau andaian berdasarkan fakta yang tidak benar,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR