fbpx

Idea tambat kerusi pada kaki meja elak penjarakan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM Qusairy Bardril (kiri) menunjukkan rantai yang mengikat kerusi pada kaki meja di Restoran Pelita Samudra Pertama cawangan Auto City, Bukit Mertajam, hari ini. Turut kelihatan ialah Pengarah Syarikat Pelita, Syed Abbas Ali Abdul Rahman

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Restoran Pelita Samudra Pertama cawangan Auto City, Juru di sini merupakan restoran nasi kandar pertama yang mengambi inisiatif untuk menambat kerusi pada kaki meja makan dalam usaha memastikan arahan penjarakan fizikal dipatuhi oleh pelanggan mereka.

Pengarahnya, Azeem Qusairy Bardril berkata, langkah itu dimulakan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa kedua berkuatkuasa iaitu pada 1 April lalu.

“Sebelum ini memang kita ada terima aduan daripada pelanggan sendiri apabila ada yang sesuka hati menarik kerusi daripada meja lain sedangkan satu meja kita telah hadkan sebanyak dua kerusi sahaja.

“Ada juga pelanggan yang bertanya mengapa perlu kerusi itu ditambat pada kaki meja. Tapi kebanyakannya akur dengan peraturan yang kita tetapkan dan mengikut segala SOP (prosedur operasi standard) yang digariskan sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima lawatan daripada rombongan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diketuai Datuk Bandar, Datuk Rozali Mohamud di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azeem Qusairy berkata, pihaknya juga telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan jumlah meja makan di restoran tersebut iaitu daripada 48 meja dengan empat kerusi setiap satu kepada hanya 30 meja dan dua kerusi tiap satu.

“Buat masa ini, hanya rangkaian Restoran Pelita di sini yang mengambil inisiatif ini dan langkah ini akan diikuti oleh rangkaian Restoran Pelita lain secara berperingkat-peringkat,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI