fbpx

Kehadiran pelajar merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanudi (dua dari kanan) mengesahkan terdapat penurunan jumlah pelajar yang ke sekolah di beberapa daerah di Kedah.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengesahkan menerima laporan mengenai penurunan kehadiran pelajar ke sekolah di beberapa daerah di negeri ini berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap penularan Covid-19 bagi Kluster PUI Sivagangga.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, wujud kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terhadap perkara itu terutama di lokasi berhampiran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

“Saya difahamkan kalangan ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah perlu menulis surat menyatakan mereka tidak bersedia untuk berbuat demikian kerana bimbang dengan keadaan semasa.

“Langkah itu perlu dilaksanakan kerana pihak sekolah juga bertanggungjawab terhadap proses untuk menentukan kehadiran pelajar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, terdapat juga markah untuk kehadiran pelajar.

“Bagaimanapun, kita yakin pihak Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan kebimbangan ibu bapa terlibat,” ujarnya.

Muhammad Sanusi pada masa sama berharap agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran tersebut.

“Kalau daerah-daerah yang dekat dengan Kubang Pasu dan Padang Terap, itu kita fahamlah tetapi yang daerah jauh, janganlah pula ambil kesempatan,” katanya.

Lima sekolah yang ditutup dalam daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SK Megat Dewa dan SMK Megat Dewa manakala di daerah Padang Terap adalah SK Kubang Palas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI