fbpx

131 pelajar maahad tahfiz terselamat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang memusnahkan bangunan asrama maahad tahfiz di Kampung Bandar Banting. Pix bomba

KUALA LANGAT – Seramai 131 pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di Jalan Istana Lama, Kampung Bandar Banting di sini awal pagi tadi.

Kebakaran dikatakan berlaku kira-kira 5.45 pagi ketika kesemua pelajar perempuan itu difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh di asrama maahad tahfiz itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 27 anggota termasuk pegawai bersama enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.49 pagi.

Katanya, operasi itu melibatkan lima buah balai bomba iaitu Banting, Telok Panglima Garang, Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang Dan Seksyen 7 Petaling Jaya.

“Setibanya di lokasi kejadian pukul 6.05 pagi didapati kebakaran berlaku di sebuah kelas tingkat empat bangunan.

“Kebakaran memusnahkan 40 peratus bangunan tersebut dan api berjaya dikawal pukul 6.24 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau,punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI