fbpx

Polis siasat individu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata kesat serta menyentuh sensitiviti umat Islam dalam satu klip video.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan mendapati ucapan itu dibuat lelaki tempatan di luar negara sebelum dimuatnaik di laman sosial.

“Bagaimanapun, setakat ini kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung kes terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan kerana dengan jelas kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 11 minit 37 saat telah dimuat naik di laman Youtube memaparkan seorang lelaki bertindak biadap berdiri di hadapan sekumpulan umat Islam yang sedang menunaikan solat.

Tindakan lelaki berkenaan juga cuba dileraikan dengan pasukan polis di lokasi terbabit.

Malah, lelaki berkenaan juga turut mengeluarkan kata berbaur cacian terhadap agama Islam, penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan Raja-Raja di Malaysia.

Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 5000 tontonan sejak dimuat naik tiga hari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI