fbpx

Warga emas pemurah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatimah sedang menyediakan minuman di kedai makan yang terletak di hadapan rumahnya di Kampung Matang, Hulu Terengganu.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Warga emas yang menjamu nasi dagang kepada seorang pengayuh basikal yang singgah di rumahnya pada pada hari pertama Aidiladha baru-baru ini terkejut kisah itu tular di media sosial.

Mencerita semula kejadian itu, Fatimah Jusoh, 71, berkata, rumahnya telah didatangi Mohd. Karbi Mominin, 51, sewaktu dia dan keluarganya baru selesai menjamah nasi dagang yang merupakan hidangan raya pada pukul 9 pagi, Jumaat lalu.

“Dia memberitahu sedang berbasikal menuju ke Kuala Terengganu dari arah Tasik Kenyir dekat sini sebelum saya menjemputnya makan nasi dagang dan minum teh tarik.

“Sebagai orang Melayu, saya perlu menjaga adab tuan rumah melayan tetamu dengan sebaiknya tidak mengira kita kenal ataupun sebaliknya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Matang dekat sini hari ini.

Fatimah yang sudah mempunyai dua cicit menjelaskan dia sememangnya berniaga kedai makan di hadapan rumahnya tetapi ia tidak beroperasi pada hari berkenaan yang merupakan hari pertama Aidiladha.

Dia mengakui terkejut apabila Mohd. Karbi bertanyakan harga sepinggan nasi dagang dan segelas teh tarik yang dimakannya kerana menganggap lelaki itu sebagai tetamu bukan pelanggan.

“Saya maklumkan kepadanya tidak perlu bayar kerana kedai makan tidak dibuka pada hari tersebut. Sudah jadi rezeki dia jamah nasi dagang air tangan saya.

“Mungkin lelaki itu (Mohd. Karbi) tidak faham dialek Hulu Terengganu yang saya tuturkan sehingga dia tidak sedar saya sebenarnya pengusaha kedai makan,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Karbi yang merupakan peminat sukan berbasikal tegar memuat naik pengalamannya itu di media sosial pada Sabtu lalu sebelum ia tular.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI