fbpx

Roma rencat pesta Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARRI berharap kekalahan kepada Roma pada aksi terakhir mampu menyedarkan pemain Juventus untuk mereka kembali fokus berdepan Lyon Sabtu ini. – AFP

TURIN – Juara sembilan kali berturut-turut, Juventus menutup tirai Serie A musim ini dengan kekalahan mengejut 1-3 kepada AS Roma di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Ketua jurulatih The Old Lady, Maurizio Sarri tidak panik de­ngan keputusan itu kerana aksi tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada skuad bimbi­ngannya yang sudahpun ditabalkan sebagai juara musim ini.

Bagaimanapun, Sarri, 61, me­nganggap ia sebagai satu pengajaran terbaik dalam persediaan anak-anak buahnya menghadapi Olympique Lyon pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, Sabtu ini.

“Kekalahan ini sebenarnya bagus juga buat Juventus kerana kami seperti hilang fokus sejak menjuarai Serie A buat kali ke­sembilan berturut-turut. Kekuatan mental pemain-pemain me­nurun selepas itu.

“Kami perlu bersedia kerana saya melihat lawan kami nanti iaitu Lyon berada pada tahap terbaik walaupun mereka tewas kepada PSG (Paris Saint-Germain) dalam final Piala Liga Perancis baru-baru ini.

“Mental pemain perlu kuat kerana kami ada tugas lebih besar selepas ini. Saya harap pemain dapat mengembalikan tahap kecergasan terbaik mereka dalam tempoh dua atau tiga hari ini,” jelasnya.

Juventus terpaksa akur tewas kepada Roma yang berjaya menjaringkan tiga gol menerusi dua jaringan Diego Perotti dan satu daripada Nikola Kalinic.

Satu gol daripada Gonzalo Higuain gagal membantu Juventus yang perlu menerima hakikat merekodkan kekalahan pertama di laman sendiri dalam tempoh dua tahun sejak April 2018. –

AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI