fbpx

Masjid, surau ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

JITRA – Kesemua masjid dan surau kariah di semua lokasi yang diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Bersasar (TEMCO) di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap diarahkan ditutup berkuat kuasa serta-merta.

Kawasan tersebut adalah Hosba, Kampung Cherok Mokkan, Megat Dewa, Binjal, Asun dan Kampung Bukit di daerah Kubang Pasu.

Bagi daerah Padang Terap pula, tiga lokasi terlibat adalah Kampung Kubang Palas, Kampung Padang Sanai dan Kampung Padang Cenderai.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd. Yusri Md. Daud berkata, langkah tersebut selari dengan pelaksanaan TEMCO di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, kata beliau, solat Jumaat di masjid-masjid terlibat ditangguhkan dan digantikan dengan solat Zuhur.

“Solat fardu di masjid terlibat hanya dibenarkan kepada maksimum tiga individu melibatkan imam, pegawai masjid atau jawatankuasa kariah pada setiap waktu.

“Segala prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi antaranya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta membawa sejadah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, anak kariah bagi masjid terlibat dilarang untuk menunaikan solat Jumaat atau solat fardu berjemaah di masjid mahupun surau lain.

Selain itu, kata beliau, aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu, kuliah, kelas pengajian, bacaan Yasin dan sebagainya juga tidak dibenarkan.

Tambahnya, mana-mana masjid yang didapati jemaahnya positif Covid-19 hendaklah ditutup sepenuhnya dan disanitasi secara menyeluruh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI