fbpx

4 kampung di Padang Terap dikenakan TEMCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekalan jalan raya dilakukan di daerah Padang Terap susulan pelaksanaan TEMCO di kawasan tersebut.

Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

KUALA NERANG – Sebanyak empat buah kampung dalam daerah Padang Terap dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Bersasar (TEMCO) bermula hari ini ekoran penularan Covid-19 susulan PUI Sivagangga di lokasi tersebut.

Kawasan terlibat adalah Kampung Ulu, Kampung Kubang Palas, Kampung Padang Sanai dan Kampung Padang Cenderai.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, pergerakan penduduk di kawasan terlibat dihadkan dan mereka tidak dibenarkan keluar masuk daripada kawasan tersebut tanpa urusan penting.

“Kita telah melakukan beberapa sekatan jalan raya di daerah ini dan memohon kerjasama orang ramai supaya mematuhi perintah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mahu memberikan sebarang bantuan perlu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI