fbpx

Ramai calon UMNO Sabah layak jadi KM – Bung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Foto IVAN AMIRUL

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – “UMNO Sabah memiliki ramai calon berkelayakan mampu bergelar Ketua Menteri sekiranya berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Banyak calon yang layak termasuk saya. Selain itu, kita juga ada timbalan saya (Yakub Khan), Datuk Rahman Dahlan, Datuk Hasnol Ayub dan ramai lagi.

“Kalau 10 orang boleh jadi Ketua Menteri, semuanya kita lantik,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Sabah di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam sidang media sama, Bung berkata beliau turut mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada PRN nanti.

Sementara itu, Bung juga mendedahkan terdapat perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini meninggalkan kerajaan Sabah untuk menyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Bagaimanapun, menurutnya perbincangan berkenaan belum dimuktamadkan dan ianya masih berjalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI