fbpx

Goodday Milk cipta rekod sesi moreh virtual terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Salah satu jenama susu paling popular di negara ini, Goodday Milk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran sesi moreh secara virtual terbesar di negara ini sempena kempen Kekal Sejahtera, Kekal Selamat pada Ramadan lalu.

Seramai 814 peserta mengambil bahagian dalam sesi berkenaan pada 22 Mei lalu menerusi platform sidang video Webex, mengatasi rekod sebelum ini yang mana seramai 667 orang menyertai sesi teh tarik mamak secara virtual.

Sesi moreh pada kebiasaannya melibatkan hidangan ringan yang dinikmati bersama selepas solat Terawih di pekarangan masjid atau surau, namun pandemik Covi-19 yang melanda negara tidak memungkinkan aktiviti tersebut diadakan pada Ramadan tahun ini.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd. Santharuban T. Sundaram berkata, sewaktu beradaptasi dengan suasana normal baharu, amat penting bagi rakyat Malaysia memelihara tradisi dan amalan murni yang sudah terbentuk sekian lama.

“Objektif kami dalam kempen Kekal Sejahtera, Kekal Selamat ialah menghantar mesej supaya memelihara keselamatan dan duduk di rumah namun pada masa sama mencipta kaedah untuk rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti komuniti sepanjang Ramadan dan Hari Raya.

“Kami berbesar hati dengan respons pengguna dan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Goodday pernah mencipta rekod jumlah penghantar susu bermotosikal paling ramai di Malaysia Book of Records, dengan 50 penghantar susu mengagihkan 34,560 paket susu Goodday Milk sempena kempen Goodday Milk Fest 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI