fbpx

5 buah sekolah ditutup di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan penambahan 11 kes positif Covid-19 bagi Kluster Sivagangga hari ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara Mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Majlis Keselamatan Negara  Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Ia melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian.

Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI