fbpx

127 ditahan tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Polis menahan 127 individu atas kesalahan tidak mengenakan pelitup muka selepas penguatkuasaan pemakaian topeng pelitup muka di tempat-tempat sesak telah diwajibkan mulai semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 315 individu yang ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, polis turut mengambil tindakan terhadap 28 individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah selain aktiviti tidak mengikut SOP melibatkan 38 kes.

“Seramai 312 individu dikenakan kompaun manakala tiga lagi direman,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 2,263 pemeriksaan dibuat semalam terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam, seramai 4,286 individu telah ditempatkan di 21 buah stesen kuarantin untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sejak perintah itu dikuat kuasakan pada 24 Julai lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI