fbpx

Brentford intai slot ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENTFORD bakal menanti pemenang antara Fulham dan Cardiff City untuk berentap pada aksi final playoff Liga Kejuaraan 5 Ogos ini. – TWITTER

BRENTFORD – Hanya selangkah sahaja lagi buat Brentford untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas mara ke aksi final playoff Liga Kejuaraan.

Skuad The Bees itu berjaya me­nempah slot ke perlawanan akhir di Wembley 4 Ogos nanti selepas menang 3-2 secara agregat ke atas Swansea City di Griffin Park awal pagi semalam.

Pengurus Brentford, Thomas Frank mengakui gembira de­ngan kejayaan itu, namun memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar memberikan sepenuh fokus terhadap aksi final.

“Kami ada bercakap mengenai kemungkinan tidak akan meninggalkan padang sekiranya gagal ke final. Pemain-pemain faham apa yang perlu dilakukan dan berjaya laksanakan tugas tersebut.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan keputusan ini. Saya akan raikannya bersama semua pemain tetapi kami tidak mahu hilang fokus menjelang perlawanan akhir nanti,” kata Frank.

Mengulas aksi semalam, Frank mendedahkan beliau tidak senang duduk sepanjang perlawanan, lebih-lebih lagi Swansea berjaya menjaringkan satu gol ketika perlawanan berbaki 12 minit.

“Ia sangat mendebarkan ketika mereka menjaringkan satu gol. Kami tidak sepatutnya me­lakukan kesilapan seperti itu ketika perlawanan semakin hampir ke penghujung,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI