fbpx

Barcelona resah hadapi Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA hanya memiliki 14 pemain senior yang bersedia diturunkan untuk menghadapi Napoli dan mungkin terpaksa menyenaraikan pemain muda. – AFP

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Quique Setien mungkin memanggil beberapa pemain remaja menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Napoli bulan depan.

Pengendali berusia 62 tahun itu dijangka mengambil langkah mengejut memandangkan beliau hanya memiliki 14 pemain senior yang boleh diturunkan nanti.

Napoli akan bertandang ke Camp Nou pada 8 Ogos depan bagi aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan terdahulu.

Arturo Vidal sememangnya sah tidak akan beraksi selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama, sementara Sergio Busquets juga berdepan penggantungan.

Tambah parah, Samuel Umtiti dan Ronald Araujo masih belum pulih daripada kecederaan, begitu juga Ousmane Dembele yang masih diragui tahap kecergasannya.

Bagaimanapun, The Catalan masih mampu menarik nafas lega apabila trio serangan, Lionel Messi, Antoine Griezmann dan Luis Suarez cergas sepenuhnya.

Pemain-pemain remaja daripada akademi se­perti Inaki Pena, Arnau Tenas dan Ludovit Reis dijangka akan dipanggil menyertai latihan bersama pasukan se­nior. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI