fbpx

Tutup R&R jika berlaku kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS

KUALA LUMPUR – Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah sekiranya berlaku kesesakan sehingga menyukarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan sosial dilaksanakan.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi membendung penularan pandemik Covid-19 serta memastikan keselamatan pengguna lebuhraya ketika perjalanan pulang dan kembali semula ke ibu kota selepas sambutan Aidiladha.

“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pegguna dan berharap pengguna dapat memahami mengapa langkah sedemikian diambil,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kawasan rehat yang ditutup sementara akibat terlalu sesak tersebut akan dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia selamat digunakan oleh pengguna lebuhraya.

“Kami memohon kerjasama semua pengguna supaya merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rehat yang sesak.

“Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan surau yang turut disediakan di plaza tol sebagai alternatif dan masuk semula ke lebuhraya untuk menyambung perjalanan mereka,” jelasnya.

Menurutnya, pengumuman tentang penutupan sementara kawasan rehat yang berkaitan akan dipaparkan pada papantanda elektronik yang disediakan di lebuhraya termasuk di laman Twitter
PLUSTrafik, aplikasi PLUS dan lain-lain lagi.

“PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan
melonjak kepada 1.7 juta kenderaan pada setiap hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha ini.-K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI