fbpx
COUTINHO membantu Bayern untuk mengekalkan kejuaraan Bundesliga musim ini selain memburu gelaran pada saingan Liga Juara-Juara. – AFP

Kelab England buru khidmat Coutinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH – Ejen terkemuka, Kia Joorabchian mengakui kliennya, Philippe Coutinho terdesak untuk kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) secepat mungkin.

Coutinho melengkapkan perpindahan ke Barcelona dari Li­verpool dengan nilai £142 juta (RM779.89 juta) pada Januari 2018 selepas mempamerkan aksi memukau sepanjang lima musim di Anfield.

Pemain antarabangsa Brazil itu berjaya mempamerkan aksi cemerlang ketika musim perta­ma­nya di Camp Nou apabila mem­bantu Barcelona meraih ge­laran La Liga tetapi gagal me­nyaingi kehebatan Lionel Messi serta Luis Suarez menyebabkan dia tenggelam sebelum dipinjamkan ke Bayern Munich.

Joorabchian mengakui terda­pat beberapa kelab di England telah menghu­bunginya untuk ­be­rtanya mengenai situa­si Coutinho dan potensi untuk membawanya kembali ke EPL.

“Ekoran saingan Liga Juara-Juara berlangsung sehingga 23 Ogos, ia sukar untuk pemain se­perti Coutinho memberi komitmen ataupun melengkapkan perpindahan sebelum kempen itu berakhir.

“Saya tidak mahu menyembunyikan keinginannya untuk kembali ke EPL. Banyak pasukan yang mahukan khidmatnya kerana dia pemain yang baik.

“Dia sememangnya berminat untuk kembali ke England dan itu menjadi keutamaannya tetapi dia juga tetap seronok untuk terus kekal bersama Barcelona,” jelas­nya. – AGENSI

POPULAR