fbpx

Wanita diserang anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang perempuan mengalami kecederaan selepas diserang seekor anjing di Taman Tanjong Minyak Perdana, Melaka kelmarin.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Seorang wanita di­serang seekor anjing belaan penduduk di kawasan perumahan di Tanjong Minyak Perdana di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9.41 malam itu terjadi semasa mang­sa berusia lingkungan 20-an berjalan bersendirian sambil membawa beg plastik di tangan kirinya.

Apabila tiba di lokasi kejadian, seekor anjing meluru dari arah sebuah rumah yang pagarnya terbuka sebelum menye­rang mangsa.

 

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa bergelut dengan seekor anjing di Taman Tanjong Minyak Perdana, Melaka kelmarin.

 

Menerusi rakaman sistem te­levisyen  litar tertutup (CCTV), mangsa terpaksa bergelut de­ngan anjing tersebut lebih seminit.

Seorang penduduk yang menyedari kejadian itu kemudian bertindak membuka pintu pagar rumah dan mengundurkan keretanya.

Anjing terbabit bagaimanapun masih cuba menyerang mangsa memaksa penduduk tersebut mengejarnya dengan kereta.

Haiwan itu dilihat berlari masuk ke kediaman tuannya sebelum beberapa lagi penduduk dilihat keluar untuk membantu mangsa.

Sementara itu, setakat pukul 3 petang semalam, semakan Kos­mo! mendapati, mangsa masih belum membuat sebarang laporan polis.

Difahamkan, mangsa selamat dan mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI