fbpx

Lelaki maut dilanggar, dipukul rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas dilanggar dan dipukul oleh rakannya sendiri di Lorong Dahlia 3, Mak Mandin, Butterworth di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, mangsa, Lau Weng Heng, 43, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumah di Jalan Bunga Tanjung selepas membeli sarapan untuk ibunya.

“Suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebelum memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan sebatang kayu.

“Susulan kejadian terbabit, suspek yang berusia 36 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 8 pagi tadi, namun motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI