fbpx

Kecederaan jejas aksi Dovizioso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVI (kanan) percaya mampu untuk memperbaiki persembahannya selepas gagal meraih keputusan memuaskan pada dua perlumbaan awal musim ini. – AFP

JEREZ – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (Dovi) mengakui statusnya bersama Ducati tidak berubah meskipun dia bergelut untuk mendapatkan rentak ketika beraksi di perlumbaan pembukaan Grand Prix (GP) Sepanyol dan GP Andalusia.

Pelumba berusia 34 tahun itu sebelum ini mengalami patah tulang bahu ketika berlumba motocross di Faenza, berhampiran tempat kediamannya di wilayah Emilia-Romagna, Itali.

Saat ini juga kontrak Dovizoso masih belum diputuskan dan terdapat juga khabar angin menyatakan Jorge Lorenzo bakal mengambil alih tempat Dovisioso di Ducati.

Untuk rekod, Dovi yang menyertai Ducati sejak 2013 masih belum berupaya untuk bergelar juara dunia MotoGP selepas dihalang oleh pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang menjuarai takhta dunia empat kali berturut-turut sejak 2016, manakala Dovi sekadar meraih naib juara pada tahun 2017, 2018 dan 2019.

“Saya harap mampu memperbaiki segala kesilapan pada dua perlumbaan lalu. Saya baru pulih daripada kecederaan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan rentak tunggangan yang saya mahukan.

“Kami memperoleh data yang banyak di sini dan kami akan bawa menjelang perlumbaan seterusnya di Republik Czech nanti. Mengenai kontrak, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tiada apa yang berubah dan saya mahu fokus pada perlumbaan,” katanya.

Pada dua perlumbaan di Jerez, Dovi berjaya menaiki podium tempat ketiga dan berakhir di tempat keenam ketika perlumbaan GP Andalusia Ahad lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan Dovi kini menghuni tangga ketiga dalam carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 26 mata.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Fabio Quartararo yang menjuarai dua perlumbaan berturut-turut di Jerez kini mendahului saingan dengan 50 mata diikuti Maverick Vinales (Movistar Yamaha) di tempat kedua dengan 40 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI