fbpx

Dua minggu untuk lihat jika ada kluster mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan ada tempoh dua minggu dari sekarang untuk melihat jika ada pertambahan kes jangkitan Covid-19 berikutan perhimpunan solidariti penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan segera membuat pengesanan kontak sekiranya ada kes positif melibatkan perhimpunan itu direkodkan.

“Apa yang sudah berlaku semalam (kelmarin), tidak boleh buat apa, sebab dah berlaku, tetapi kita doa tiada peningkatan kes.

“Buat masa ini, tindakan kita kena tengok dalam tempoh dua minggu sama ada ada pertambahan kes atau tidak,” katanya pada sesi libat urus bersama media dalam menangani pandemik Covid-19 di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan tindakan kira-kira 2,000 penyokong bekas Najib yang bersesak di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dibimbangi mencetuskan kluster mahkamah’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI