fbpx

K2

Signifikan angka 19 peminat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Liverpool bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.

 

TIADA kata dapat menggambarkan perasaan gembira peminat fanatik pasukan bola sepak Liverpool selepas melihat pasukan itu berjaya menamatkan kemarau 30 tahun dengan menjulang trofi juara Liga Premier musim 2019/2020 baru-baru ini.

Salah satu kelab peminat Liverpool di negara ini, The Mighty Red Malaysia Supporters Club tidak ketinggalan mengadakan sambutan besar-besaran selepas sekian lama menantikan kemenangan pasukan The Reds.

Sambutan sehari suntuk yang disertai kira-kira 300 ahli kelab itu berlangsung di sekitar bandar raya George Town, Pulau Pinang baru-baru ini dengan pengisian pelbagai aktiviti.

Presiden kelab, Badurudin Syed Mohamed berkata, angka 19 begitu signifikan buat penyokong tegar pasukan berusia 128 tahun tersebut kerana meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-19.

Menurutnya, program bermula dengan acara larian solo oleh pelari maraton, Ahmed Faisal Mohd. Lazim, 45. Ahmed Faisal berlari sejauh 19 kilometer (km) dari Persiaran Karpal Singh menuju ke Restoran Khaleel di Bukit Gambir.

“Kami juga mengadakan perarakan replika trofi Liga Premier seberat kira-kira 11 kilogram (kg) yang ditempah khas pada harga RM1,400. Replika itu seolah-olah piala sebenar.

“Perarakan yang disulami dengan sorakan itu melibatkan tiga buah kereta dan 247 motosikal. Kami turut singgah di rumah pertubuhan orang buta, St. Nicholas Home bagi menyampaikan sumbangan kepada 75 orang yang bernilai keseluruhan RM2,250.

“Selain itu, sebiji kek bersaiz 19 inci (48 sentimeter) tinggi dan lebar turut ditempah khas untuk acara makan malam iaitu kemuncak program yang diadakan di Gelugor,” katanya kepada K2 baru-baru ini.

 

Badurudin (hadapan) mengetuai konvoi bermotosikal di sekitar bandar raya George Town.

 

Pada acara itu, beberapa hadiah menarik berupa jersi bertanda tangan pemain Liverpool iaitu Sami Hyypia dan Stephen Warnock serta jersi eksklusif The Steven Gerrard Foundation turut dibawa pulang oleh ahli yang bertuah.

Liverpool dinobatkan secara rasmi sebagai juara EPL musim 2019/2020 selepas Manchester City yang merupakan pesaing terdekat tidak lagi dapat memintas biarpun memenangi kesemua baki tujuh perlawanan.

Selepas 31 aksi, The Reds menghimpun 86 mata iaitu berkelebihan 23 mata meninggalkan pesaingnya itu.

Sementara itu, Badurudin berkata, wakil kelab terbabit turut berkesempatan mengadakan sesi berbual secara maya dengan salah seorang pemain Liverpool, Jose Enrique menerusi aplikasi Google Zoom sehari sebelum acara perarakan itu berlangsung.

“Walaupun hanya wakil kelab berpeluang bersua muka, tetapi tempoh kira-kira 10 minit itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan keterujaan penyokong dari Malaysia.

“Jose juga memberitahu bahawa dia gembira dengan sambutan luar biasa oleh penyokong Liverpool selain mereka dapat bertukar-tukar pendapat mengenai pasukan.

“Penyokong dan ahli kelab bagaimanapun berkesempatan untuk menyaksikan sedutan rakaman itu yang telah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi kelab,” katanya lagi.

 

Seorang penyokong Liverpool menjulang replika trofi EPL bagi meraikan kemenangan pasukan itu.

 

Sementara itu, penyokong tegar Liverpool, Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, acara berkenaan tidak sekadar bagi menggambarkan obsesi mereka terhadap pasukan itu semata-mata, sebaliknya ia mewujudkan suasana harmoni.

“Ahli kelab ini merangkumi semua kaum pada komposisi yang seimbang. Itu yang kami mahu wujudkan kerana dengan minat yang sama ini, kami mampu bersatu selain mengajak ahli keluarga berkumpul.

“Ahli kelab ini juga meliputi pelbagai latar belakang kerjaya seperti golongan profesional, pakar perubatan dan anggota keselamatan serta daripada pelbagai lapisan usia,” katanya yang juga penolong setiausaha penganjur.

Sementara itu, sempena pembukaan sekolah pada hari pertama selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, wakil kelab telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Wellesley di George Town untuk memberi motivasi dan menyampaikan hadiah kepada 65 pelajar darjah enam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI