fbpx

Remaja dakwa dicabul bapa tiri sejak darjah enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa cabul oleh bapa tiri di rumahnya di Permatang Pauh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa pada mulanya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana terlalu takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada waktu itu.

Katanya, semasa kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang belajar di tingkatan tiga berseorangan di dalam rumah dan suspek yang berusia 51 tahun itu telah masuk ke dalam biliknya melalui tingkap.

“Kejadian tersebut bukan pertama kali berlaku kerana mangsa mendakwa telah dicabul oleh suspek yang sama sejak darjah enam.

“Suspek sebelum ini dikatakan sering masuk ke dalam bilik mangsa pada waktu malam sebelum meraba dan memegang badan mangsa.

“Kejadian itu berlarutan sehingga mangsa bersekolah menengah apabila suspek semakin berani untuk memegang kemaluan dan meraba buah dada mangsa pada waktu itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Shafee, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada koyakan dikesan pada kemaluan mangsa.

Pada masa yang sama katanya, suspek juga berjaya diberkas beberapa jam selepas kejadian di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Kubang Semang, Permatang Pauh di sini.

“Soal siasat terhadap suspek turut mengesahkan bahawa lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa,” katanya lagi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI