fbpx

Pemuda Orang Asli maut di Jalan Sungai Koyan-Ringlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA tercampak ke besi pembahagi jalan dan maut ditempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 23 Jalan Sungai Koyan-Ringlet di Lipis hari ini.

LIPIS – Selepas dua penunggang motosikal termasuk seorang tentera laut maut akibat kemalangan Sabtu lalu, seorang lagi penunggang motosikal maut di laluan yang sama di Jalan Sungai Koyan-Ringlet di sini, hari ini.

Kejadian kemalangan maut melibatkan seorang pemuda Orang Asli hari ini berlaku
di Kilometer 23 Jalan Sungai Koyan- Ringlet, kira-kira satu kilometer daripada kawasan kemalangan yang mengorbankan dua nyawa Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Henry Bah Harun,19, dalam perjalanan dari arah Sungai Koyan menghala ke rumahnya di Pos Sentoi di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan kiri dan terus melanggar kepala longkang.

“Akibat kejadian mangsa telah tercampak lalu terkena besi pembahagi jalan sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan lokasi kemalangan adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI