fbpx

Najib yakin dapat sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sebarang keputusan oleh Mahkamah Tinggi hari ini tidak akan menjejaskan karier politiknya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau yakin dapat membersihkan namanya kembali daripada semua pertuduhan yang disabitkan ke atas dirinya sebentar tadi.

Menurut Najib, walaupun mahkamah telah mensabitkan kesalahan ia tidak bermakna menjadi suatu pengakhiran pada dirinya.

“Keputusan ini bukan bermakna satu pengakhiran kerana masih ada proses rayuan.

“Saya berharap semua penyokong terus mempercayai dan saya yakin boleh menang kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara sebanyak 72 tahun dan denda berjumlah RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib, selepas beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah serta salah guna kuasa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI