fbpx

Najib dijel 12 tahun, denda RM210 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

KUALA UMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mohd. Nazlan membuat keputusan tersebut selepas selesai membaca penghakimannya bagi kesemua pertuduhan itu selama dua jam.

Terdahulu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuka tirai dengan rayuan mitigasi dengan membacakan biodata Najib termasuk memaklumlkan Najib pernah melakar sejarah dengan menjadi Menteri Besar termuda di negeri itu.

“Najib bukan sahaja mempunyai kriteria sebagai seorang pemimpin yang berkaliber termasuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa ketika siasatan kes dibuat terhadap beliau.

“Selain itu  tiada laporan anak guam saya mengganggu mana-mana saksi,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V.Sithambaram yang mewakili pendakwaan berkata,  kes ini telah menyebabkan negara ini terpalit dengan isu kleptokrasi.

“Menjadi pemimpin tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan sebarang kesalahan,” katanya

Selain itu pihak pendakwaan juga turut menjadikan kes bekas Menteri Besar Selangor sebagai contoh yang terlibat dengan rasuah.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa Najib didakwa mengikut  Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, Najib didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan hukuman sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu untuk tiga pertuduhan pengubahan wang haram Ahli Parlimen Pekan itu dituduh mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa kesemua melakukan kesalahan tersebut antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.

Pada 11 November tahun lalu, Mohd. Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap semua pertuduhan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI