fbpx

Remaja perempuan hilang sejak 27 hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEE Ling dilaporkan hilang dari rumah pada 30 Jun lalu dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dari rumahnya di Ayer Tawar dekat sini pada 30 Jun lalu dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Mangsa, Ee Mee Ling, 16, dilaporkan hanya membawa satu telefon bimbit dan satu konsol permainan video mudah alih (PSP) ketika didapati hilang dari rumahnya di Jalan Melayu, Ayer Tawar, kira-kira jam 11 pagi.

Ibunya, Ngooi Siow Huey, 38, berkata pada jam 8 pagi Selasa itu, dia dan suami pergi ke pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Seri Manjung bagi membuat kad pengenalan diri (MyKad) anaknya yang berusia 12 tahun.

“Ketika keluar rumah, dia masih ada tetapi apabila kami balik, dia sudah tidak ada sampai sekarang,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Menurutnya, Mee Ling yang juga anak sulung daripada enam beradik keluar sehelai sepinggang malah MyKad pelajar Tingkatan 3 itu pun tidak dibawa.

Siow Huey berusaha mencari anaknya itu di merata tempat termasuk di rumah rakan-rakannya tetapi tidak ditemui manakala telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Tawar pada jam 8 pagi 1 Julai lalu.

Penjual tauhu di Pasar Ayer Tawar itu risau perkara buruk berlaku terhadap Mee Ling kerana anaknya itu tidak pernah keluar ke tempat jauh berseorangan.

“Dia tidak ada selisih faham dengan keluarga dan tanya kawan-kawannya pun tiada masalah dengan mereka dan setahu saya, dia tiada teman lelaki…setiap hari saya hubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dapat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata beliau sudah menghubungi pihak polis kelmarin dan dimaklumkan polis masih menyiasat kes itu termasuk melakukan pengesanan satelit jika ada isyarat daripada telefon bimbit remaja itu bagi mengetahui lokasinya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mee Ling boleh menghubungi Siow Huey di talian 018-2513664 atau pembantu Ahli Parlimen Beruas, Siti Sofia di talian 010-3691218 atau mana-mana balai polis terdekat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI