fbpx

Peniaga didakwa 15 pertuduhan penggubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Chai Wan Sun, 63, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 15 pertuduhan pengubahan wang haram sejak 2016.

IPOH – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan aktiviti penyeludupan rokok di sekitar Ipoh sejak empat tahun lalu.

Tertuduh, Chan Wai Sun, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut 14 pertuduhan, Wai Sun didakwa menggunakan akaun semasa miliknya dan milik syarikatnya sebagai peralatan kesalahan berkaitan dengan pelakuan aktiviti haram.

Tertuduh turut didakwa menggunakan akaun simpanan tetap miliknya untuk menerima wang sejumlah RM100,000 daripada akaun semasa Public Bank miliknya sebagai peralatan kesalahan berkaitan dengan pelakuan aktiviti haram.

Kesemua pertuduhan didakwa dilakukan di tiga bank berasingan di sekitar Ipoh antara 4 Januari 2016 hingga 27 Mei 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syafinas Shabudin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Wan Muhd Ariff Ameer Wan Normazlan.

Mohd. Fauzi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos sebagai tariks sebutan semula kes.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI