fbpx

Kadar jenayah jalanan PJ meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar jenayah jalanan di daerah Petaling Jaya, Selangor menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faizal berkata, hasil siasatan mendapati kebanyakan kes samun dan ragut berlaku bermula pukul 6 hingga 10 pagi.

“Kadar jenayah jalanan meningkat 30 peratus dalam tempoh seminggu dan berdasarkan laporan yang diterima kita dapati kawasan sekitar perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, orang ramai dingatkan supaya tidak leka dengan bermain telefon bimbit ketika berada di jalanan kerana dikhuatiri menjadi mangsa samun.

“Sekiranya curiga dengan keadaan sekeliling kita minta orang ramai tampil membuat laporan untuk membolehkan pihak polis menjalankan pemantauan dan siasatan,” ujarnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI